Monday, July 02, 2012

khasiat pengaga

hehe..sebabla sy rasa yg diri ni makin lama makin cun,rupanya minum juz pengaga buatan sendiri...banyak rupanya khasiat tersembunyi daun pengaga ni..jom kawan2 kite amalkan sama
(hasil carian dr blog org )...

Amalan kerap memakan pegaga boleh menjadikan seseorang itu awet muda dan tubuh badan tidak gemuk. Pada masa lampau ada gerai yang menjual jus pegaga sebagai tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan. Dimakan, dibuat jus minuman atau direbus untuk diminum sebagai penawar alahan, antikanser, menghentikan pendarahan dan menyembuhkan luka, melawaskan buang air kecil, meransang peredaran darah, merawat cirit-birit, merawat sakit keronkong, penawar kencing berdarah, penawar batu karang, penawar demam panas, penawar ulser, sebagai minuman tonik dan menurunkan tekanan darah tinggi.


http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5610.0


*********************************************************************************


Daun Pegaga (Pennywort)
Cantella asiatica
  • Tonik yang baik untuk otak. Menambah daya ingatan dan menguatkan mental
  • 2-4 helai daun dimakan mentah setiap hari menguatkan otak dan mencegah tekanan perasaan
  • Membantu tidur yang nyenyak bagi mereka yang letih. Baik untuk merawat insomnia
  • Jusnya mencuci darah dan bertindak sebagai tonik
  • Bagi artritis, minum air daun pegaga setiap hari selama 2 minggu. Rehat 2-3 hari kemudian sambung semula. Anda juga boleh makan 2 helai daunnya sehari.



No comments:

Post a Comment

hehehe komenla banyak2 ek..thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...