Tuesday, March 31, 2009

hahahaha !!!

Sepasang suami isteri yg tinggal di suatu taman perumahan teres kat mana ntah le..
suaminya keje kilang je...isterinya dok umah, tak keja

suatu hari.. suaminya sakit kepala dan rasa demam2 tak sedap badan..
balik keja ptg tu pi la satu klinik swasta jumpa doktor untuk rawatan.. doktor nak peksa air kencing..tapi yang pagi2 punya..

esok pepagi tu, suami pun kencing la masuk dalam botol tak atas meja..dgn harapan nanti balik keja..nak wak pi jumpa doktor utk dipeksa..

isteri dok punggah cari bil letrik bil air pun sama le dok atas meja..dok tak dok tangan terkena botol jatuh pecah, air kencing bertabur..

isteri dah kecut dan takut.. kalau suaminya tahu mampuih le dia..so, dia kencing ganti dalam botol yg serupa..harap2 suaminya tak tahu, selamat la dia..

suami balik lepas keja..mintak botol kencingnya tu..isteri bagi je ngan selamba..
wak pi jumpa doktor yg kemarin tu la..

lepas peksa doktor senyum je...TAHNIAH.. Sah Mengandung!kata doktor pada si suami..

suami melopong terkejut...terus balik mengadu kat isteri dia..susah hati bukan main lagi...isteri nak tau gak apa halnya..

sambil mengeluh dia berkata :

'.. itu lah minah!! abg dok kata dah..abg dok atas minah pun nak dok atas juga..
selalu sangat minah naik atas abg ni..haa.. skang apa dah jadi..??? doktor dah sahkan abg pula yang mengandung!! "

isteri tergelak sampai berguling ..suami bersedih dan keliru.. tak menentu dok pikiag nanti cemana nak beranak!!

Saturday, March 28, 2009

It's all about LOVE

Sedang aku check email,aku terbaca  petikan yg menarik perhatian aku...bila di fikir2, dan di renung2 memang benar.aku yg pernah beberapa kali mengalaminya.. mmg terlalu sakit,sakit dan teramat sakit bila terjadi...U allz pon begitu juga kan? buat ape kita cipta sebuah cerita kalau ianya hanya sementara...kenapa kita perlu jujur pd dia jika sedangkan dia sndiri xjujur pd kita,hahaha renung2kan yea.Ini petikannya...,

Never love a love that hurts...
never hurt a love that loves !!!
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~
Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...


dan hayati lirik ni.....

Benarkah salahku, lepaskan kamu 

Kau duga egoku, fahami diriku begini 

Tiada yang sama 

Yang pasti kita semua bebeza 

Kau fikirlah                                            

Tiada guna cipta sebuah cerita 

Kalau kisah kita sementara 

Rasa hati dan langkahmu 

Membuat aku keliru                                           

Tiada guna kita menderita 

Sungguh semua tidur pun tak lena 

Rasa hati dan katamu 

Tak lagi seperti dulu                                

Kita pernah satu, aku dan kamu 

Dulu itu dulu, masih di dalam ingatanku 

Kini berbeza 

Namun masih ku harap kau bersedia 

Oo mungkinkah, kau temu bahagia            

Lepaskan semua mimpimu 

Tangis dan juga sayumu 

Kau fikirlah                                                    

Tiada guna cipta sebuah cerita 

Kalau kisah kita sementara 

Rasa hati dan langkahmu 

Membuat ku keliru                                 

Tiada guna kita menderita, 

Sungguh semua tidur pun tak lena, 

Rasa hati dan katamu 

Tak lagi seperti dulu                                      

Sungguh semua tidur pun tak lena 

Rasa hati dan katamu 

Tak lagi seperti dulu                      

Aku keliru 

Aku keliru

emm im happy wif my life,I love myself and thanks to Allah swt


Friday, March 27, 2009

YA ALLAH SWT ~~

YA ALLAH...
Seaindainya telah engkau catatkan,
Dia milikku tercipta untukku,
Satukanlah hatinya dgn hatiku,

Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi..

YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA MENGASIHANI..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian sejahtera yang abadi,
Maka jodohkanlah kami..

TETAPI......

YA ALLAH..
Seandainya telah engka
u takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA MENGASIHANI
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangan jauh didada langit,
Hilang bersama senja merah,
Agarku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya..

YA ALLAH
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Didunia dan diakhirat,
Dengarkanlah dari hambamu yang dhaif ini,
Janganlah engkau biarkan aku sendirian,
Didunia dan diakhirat,
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran,
Maka kurniakanlah kepadaku,
Pasangan yang beriman,
Agar aku dan dia dapat,
Sama-sama membina kesejahteraan hidup,
ke jalan yang engkau redhai,
Dan kurniakanlah kepadaku,
Keturunan yang soleh dan solehah..

YA ALLAH...
Berikanlah kami kebahagian,
Didunia dan diakhirat,
Dan peliharalah kami didunia da diakhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka.....

- AMIN -

MATAHARIKU-Agnes Monica


Tertutup sudah pintu, pintu hatiku

Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakanmu walau aku tak mau
Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak, aku terdiam sepi
Reff:
Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Ku bersedih kar’na panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku, puisi tentang hidupku
Tentang ku yang tak mampu menaklukkan waktu
Oh…
Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak, aku terdiam sepi
Oh…
Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Ku bersedih kar’na panah cinta menusuk jantungku
Kembali ke Reff

 

rindu sang kekasih hati...

cinta,

kasih,

rindu,

sayang...

i really miss someone...

urmm(-_-) 

May Allah bless him,amin.

Monday, March 16, 2009

DI SEBALIK KEINDAHAN PASANGAN KITA 

ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.

Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.

Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah..

Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis: 'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya. ' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 

Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.

Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah. 

Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.

Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita: 'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.' 

Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah: 'Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' (An-Nisaa: 19) 

Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali. 

Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.

Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.

'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (Surah An-Nahl: 125). 

Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat. 

Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah. 

Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya. 

WALLAHUA'LAMBISSAWA B... 

p/s :
KEBAHAGIAAN TIDAK AKAN HADIR DENGAN SEKELIP MATA. IANYA HARUS DIPUPUK DENGAN PERASAAN KASIH SAYANGYANG TIDAK BERBELAH BAGI 
Thank you. 
  

HUKUM MENCABUT BULU KENING

Bersama Mohd. Farid Ravi Abdullah

Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 

SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.
Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas. 
Jawapan:
Tidak berdosa sekiranya untuk memperbetulkan atau mengelokkan dengan membuang atau mencabut bulu yang bertaburan di atas kelopak mata. Ini akan saya jelaskan pada perbincangan dalil-dalil yang berkaitan dengan persoalan ini.
Sebelum berbincang lebih jauh elok kalau kita lihat dulu asas kepada perkara ini. Wanita dalam bahasa arab di sebut dengan perkataan al-Mar'ah yang bermaksud suatu yang dipandang atau dilihat.
Kecantikan seseorang itu bermula dengan wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk tujuan mencantikkan wajah.
Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. Sehingga persoalan kening begitu mendapat perhatian dalam Islam, terutamanya melalui hadis-hadis Rasulullah SAW.
Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.
Setiap manusia mahu dia tampil secara sempurna dan tidak menyakitkan mata orang yang memandang, apatah lagi menjadi perhatian sehingga membawa kepada suara-suara sumbang yang memperkatakan bulu keningnya.
Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan pencil celak.
Di dalam kitab kitab-kitab hadis ada empat hadis yang membawa makna yang sama pada asasnya, namun setiap nas ada perincian yang membolehkan penghasilan hukum dalam persoalan yang dibincangkan.
Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.
Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.
Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.
Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.
Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah) , wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut. 
Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah, bukannya wajah sebahagian daripada kening.
Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.
Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.

Sunday, March 15, 2009

BLOG yang kurang ajar !!!

Inilah dia blog yg teramat kurang ajar pemiliknya....

http://id-top.blogspot.com/

selamat melawat,anda akan sakit hati dan sakit jiwa..ekekeke~~~

KAITAN CINTA DENGAN HIDUP


Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila akhirnya kita menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana bersyukur dengan nikmat dan hikmat di sebalik pemberian tersebut.Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama sehinggakan kita tidak akan nampak pintu yang lain yang telah terbuka untuk kita.kawan yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk di dalam buaian dan kita boleh duduk bersama tanpa berkata apa-apapun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah kita kehilangannya dan juga bahawa kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah “ia” datang kepada kita.Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan mencintai anda kembali, tapi sekiranya ia tidak pastikanlah ia terus mekar didalam hati anda. 

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu untuk menyukainya, tetapi ia mengambil masa yang panjang untukmelupakannya. Jangan pandang pada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang boleh membuatkan anda tersenyum kerana ia Cuma memerlukan sekuntum senyuman mencerahkan hati yang suram.Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dalam dalam mimpi dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan, pergilah ke mana yang anda ingin tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang anda ingin anda lakukan. 

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insane, dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.Selalu bayangkan anda di dalam kasut seseorang jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah mungkin ia akan menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang juga tidak semestinya dalam mamiliki segala yang terbaik. Mereka hanya mambuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang dalam hidup mereka. Kebahagiaan terletek pada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yag telah mencari dan mereka yang mencuba.Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidupa mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah kehidupan anda supaya apabila anda mati, andalah yang akan tersenyum dan orang disekeliling anda pula akan menangis.

TOO MUCH TECHNOLOGY











MAAF

Sabda Rasulullah s.a.w "Barang siapa yang diminta maaf oleh saudaranya yang Muslim, ia tidak mahu memaafkan, maka ia mempunyai dosa sebesar dosa orang yang merompak."(Hadith riwayat Ibnu Majah)

Kelebihan Orang Yang Suka Memaafkan:
  • Dapat menyucikan hati
  • Dapat ketenangan fikiran
  • Dapat menyembuhkan penyakit
  • Dapat wajah yang menawan dan ceria
  • Doanya akan dimakbulkan Tuhan
  • Dapat mengurangkan ketegangan fikiran

Pada akhir rencana ini juga terdapat sebuah sajak yang cukup berkesan:

Maafkanlah… andai hatimu pernah disakiti
Maafkanlah… andai hatimu pernah dilukai
Maafkanlah… andai hatimu masih dilukai
Maafkanlah… andai hatimu tetap dilukai
Biarlah Tuhan yang membalas semua perbuatan yang melukakan hatimu

Pohonlah maaf… andai kau pernah melukai
Pohonlah maaf… andai kau pernah menyakiti
Pohonlah maaf… andai kata-katamu melukakan insan lain
Pohonlah maaf... andai bicaramu menyebabkan tangisan insan lain
Pohonlah maaf... andai perbuatanmu menzalimi jiwa yang terluka

Memohon mmaf tidak akan merendahkan martabatmu
Memohon maaf tidak akan menjatuhkan darjatmu
Memohon maaf tidak akan menghinakan dirimu

Saturday, March 14, 2009



Dengar
Oh jeritan batinku
Memekik-mekik
Memanggil-manggil
Namamu selalu
Sehari rasa sebulan
Hatiku tiada tertahan
Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Dikau tiada
*
Risau
Batinku nangis risau
Makin kau jauh
Makin hatiku
Bertambah kacau
Mengapa kita berpisah
Tak sanggup menahan asmara
Oh dengarlah
Jeritan batinku
Sehari rasa sebulan
Hatiku tiada tertahan
Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Dikau tiada
(repeat *

Wednesday, March 11, 2009

Tuesday, March 10, 2009

Rahsia Potong Kuku

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad  : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin  : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu   : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit..

* Hari Jumaat  Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...