Friday, September 11, 2009

Kisah mak yg berdendam terhadap maknya~so touching



Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar
kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi.........tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. ‘


Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.


Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..


Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.


Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.


Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul
kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman.......tapi malang telah menimpa mereka.......


Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan......


Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya......tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.


Razman cuba utk memperbaiki keadaan........Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.


Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.


Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab......penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.


..........................

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya.
Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk riaksi ibu mertua


*HAHAHAHAHA

Tuesday, September 08, 2009

Teknik Cakar Harimau..ahakkss!!! (buat isteri2 di rumah)hu3

1)Langkah Pertama
- dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

2)Langkah Kedua
- mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti ....

3)Langkah Ketiga
- dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.

4)Langkah Keempat & 5)Langkah Kelima
- merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.


Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang,'' jelasnya kepada Utusan Malaysia hari ini.


6) Langkah Keenam
- dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

7)Langkah Ketujuh
- sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

8)Langkah Kelapan
- Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu' atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,'' katanya.

PUASA SI MISKIN

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".


Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan.. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Wednesday, September 02, 2009

IM HAPPY WIF MY LIFE

hari berganti hari,
minggu berganti minggu,
bulan berganti bulan...
aku mmg cukup gembira...
gembira dgn hidup aku ...
alhamdulillah,syukur pd Allah...

ahakkksss!!!!! ptg td terjumpa Nurul Akmal atau nama manje Kak Nang..
ekeke lepas SPM terus xberjmpa..adela dlm 7tahun.
windu sangat sbb dia adalah diantara kawan2 aku yg sangat care pasal aku..
kalau boleh aku nk jmpa smua kawan2 aku...rindu sangat.
huhuhu camanala rupa mrk skrang ni...hehehe

ermm ptg td gak aku sempat beli 2buah majalah..
majalah CLEO dan majalah RAPI..
wahhhh tiap2 hari beli majalah..
hehehe almaklumlah hobi aku membaca...

isk iskkk iskkkk pelik n terkejut aku dengan sesetengah lelaki yg
suka merendahkan martabat seorang wanita...

Last ,semoga hidup aku semakin ceria....bahagia dan semoga impian dan cita2 aku tercapai dlm masa terdekat ni..


Keajaiban Zikir


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya
Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat
fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,
insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @
wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum.
Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan
dihilangkan
kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan
dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai
pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah
dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam
Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh
para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan
sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat,
Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana
Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di
kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan
hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi
kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh,
Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan
memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan
jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan
terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia
bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kalisehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas
solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan
bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas
rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira
berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit
berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan
keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan
yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan
sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang
berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada
hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR
Abu Naim.


30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan
10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat
- HR Thabrani

Pesanan Imam Ghazali



Imam Ghazali = '
Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = '
Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Exclaim
Imam Ghazali = '
Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = '
Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalahMASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Pencil Draw
Iman Ghazali = '
Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = '
Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = '
Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalahHAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

Cartoon Family Of Strawberries Bounce
IMAM GHAZALI'
Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = '
Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Dan The Duck Walking With Bag
Imam Ghazali = '
Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = '
Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Babies Love Hearts Floating
Imam Ghazali = '
Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = '
Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalahLIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '


'sampaikanlah walau satu ayat'..

cid:image009.gif@01C7D46D.BE6E1E40
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...