Sunday, January 31, 2010

Bila Lelaki Jadi Dayus?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya
ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat
yang dilakukan oleh
isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam
salah satu yang disebut
tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.

Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah
mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Siapa Yang Boleh Mengenali Dajjal?


zikr3220

Rasulullah SAW memberi hadith yang banyak sekali tentang Dajjal sebelum baginda wafat. Antara hadith yang masyur ialah yang berkaitan dengan bentuk-bentuk fizikal Dajjal dari hujung rambut hinggalah hujung kaki. Baginda sendiri mengakui dalam suatu hadith yang berbunyi

“Tiada nabi selain diriku yang mengetahui lebih banyak tentang Dajjal.”

Ini bermakna, Rasulullah diperlihatkan Allah akan rupa sebenarnya Dajjal itu. Saya percaya Dajjal berselindung disebalik rupa yang palsu sekarang ini atau ketika ia muncul. Jika Dajjal itu mudah dilihat dan dikenali, tidak perlu sebegitu banyak hadith untuk menerangkan tentang Dajjal. Cukuplah sekadar 4 atau 5 hadith.

Berbalik kepada persoalan tadi, “Siapa yang boleh mengenali Dajjal?”, saya dengan yakin (InsyaAllah) ingin mengatakan orang yang mampu mengenalinya ialah:

“Ahli Tasawuf atau Ahli Sufi”

Siapa ahli Tasawuf / Sufi ?

Ahli tasawuf merupakan muslim yang menjadi kekasih Allah, sentiasa mendapat keberkatan Allah, dan juga sentiasa dimakbulkan doanya oleh Allah. Ahli tasawuf adalah orang yang dicintai Allah, kecintaan Allah terhadap golongan ini sehingga Allah berkenan menganugerahkan mereka pancaindera yang keenam iaitu membaca hati dan melihat perkara yang dihijab Allah.

Contoh terdekat yang boleh diambil kira ialah Wali Songo yang terdapat di Indonesia suatu ketika dahulu. Pada zaman sekarang, terdapat juga golongan yang mengamalkan tasawuf dan kebanyakannya berada di Kelantan (Malaysia) dan Selatan Thai (Thailand).

Terdapat juga seorang mudir yang dipercayai mencapai taraf wali iaitu Mudir bagi sebuah Pondok pengajian di Pengkalan Hulu, Perak. Beliau dikenali sebagai Pak Teh dan masih hidup sekarang.

Apakah Kelebihan Ilmu Tasawuf?

Kelebihan yang tidak boleh disangkal ialah kebolehan membaca dan menilai hati seseorang tanpa perlu bercakap dengan orang tersebut. Yakni seseorang yang bertaraf wali (Kekasih Allah) itu mampu mengetahui bisikan hati kita dan apa yang kita niatkan di dalam hati.

Contoh terdekat ialah Allahyarham Hj Ahmad Badawi di Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau menubuhkan sebuah madrasah yang bernama Madrasatul Daeratul Maarifil Wataniah dan masih wujud sehingga sekarang. Beliau juga bapa kepada Perdana Menteri Malaysia.

Kewalian beliau (Ahmad Badawi) diakui oleh bekas-bekas pelajar madrasah tersebut. Menurut mereka, Hj Ahmad Badawi mampu membaca isi hati seseorang terutamanya pelajar-pelajar didikannya. Pernah suatu ketika apabila tiba waktu pendaftaran pelajar baru, beliau menghalau seorang pelajar kerana mengetahui niat sebenar pelajar tersebut.

Menurut bekas pelajar yang saya temui, rakan mereka (yang dihalau) itu bukan datang dengan niat untuk belajar tetapi datang dengan sebab ‘terpaksa’ dan ‘dipaksa’ oleh ibu bapa mereka. Bagi mengelakkan timbul masalah dikemudian hari, Hj Ahmad Badawi tidak membenarkan pelajar itu mendaftar.

Menurut mereka lagi, semasa sedang belajar, semua pelajar boleh mendengar hentakan kaki beliau dari jarak lebih 50 meter. Sedangkan tubuh badan beliau hanyalah kecil dan tidak mungkin tapak kakinya mampu mengeluarkan bunyi hentakan yang kuat sebegitu rupa seolah-olah badannya mempunyai berat melebihi 200kg.


Friday, January 29, 2010

are u drinking the right tea?

1. People who use their 'brain' to work or students who study hard day and night.--- Should drink more Chrysanthemum Tea.

2. People who need a lot of body energy to work or those people who exercise a lot everyday.--- Should drink Wu Loong Tea.

3. People who travel on a bike or work in dirty and polluted places.--- Should drink Green Tea.

4. For people who like to sit down all day long and not do anything, even exercising--- Must drink Green Tea and Flower Tea.

5. People who smoke and drink a lot of alcoholic drinks.--- Should drink more Green Tea.

6. Carnivore ( i.e. people who must eat meat at least once a day, or feel sickly)--- Try to drink some Wu Loong Tea.

7. People who go to the washroom too often or not often enough.--- Should drink more Honey Tea

8. People with high cholesterol and high blood pressure.--- Wu Loong Tea, Green Tea.

9. Those who work with computers everyday.--- Need to drink a Lot of Tea (any tea will do).

Whenever you are working with the computer, you should make some tea. Drink it when you are free.Drinking Tea is healthy, it can protect and prevent the harmfulUltraviolet light from harming us (when using computer).Furthermore, it can also relief us when we are tired and help make our body feel fresh again.

Thursday, January 28, 2010

Bila hati berkata....


Bila tenang aku melukis,
Bila keliru aku menconteng,
Bila sedih aku menangis,
Bila gembira aku ketawa...

tenang,keliru,sedih,gembira..aku bersajak.
meluahkan rasa hati,
berkecamuk hati,
rasa jiwa diluahkan,
rasa hati dilontarkan,
rasa gembira di ungkapkan...

nukilan, darleena yusof




Tuesday, January 26, 2010

be careful

Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam!

Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cumasekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walaudi mana kita berada.Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukannama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchongmenuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makanmalam di rumah adiknya di Bandar Sunway.Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempardua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta MatHassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terushilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya,telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atascermin tu dengan sebati dan sekata lagi....Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluardari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassandengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorangserah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa,aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolverdia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam oranggila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagiisyaratnya...Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesantelur pecah jer tak sempat nak lap lagi.Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawakanak kecil kat belakang.Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlakukepada anda, pastikan:1. Jangan sesekali tarik spray wiper;2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesenminyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuanorang ramai.Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakanPandulah dengan selamat, wallahu a'lam.P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akanjadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku padakita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebihproaktif dan berkesan.

ALERT: NEW CRIMINAL TACTIC BY INDIAN GANG ( Very Urgent )

Please be careful.!!!!For your information. ( Very Urgent )If you see a guy (especially Indian) who rides a motorbike with a bloody hand knocking on yourwindow demanding you to stop and asking for tissue paper to clean the blood when you are driving a car, remember DO NOT stop the car at all. Even if he damages your car or holds the side mirrors tightly, DO NOT stop the car but drive directly to the nearest police station. This kind of criminal tactics have been reported in about 40 cases in Seremban, K. Lumpur, Sha h Alam, P.Jaya and Klang Town police stations (actually around the whole country).These guys are mainly Indian gangsters, They work in a group and dare to commit this crime even in crowded areas where nobody will dare to stop the car to help you.. The main purpose of this dirty tactic is to rob you and/ or even commit rape if you are female driver driving alone. Please forward this message to the people you care about..Dr Jeyashree SrinivasanIsland HospitalTel:+6012-4308125

Saturday, January 09, 2010

Syaitan pon takut pd Allah

Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan diwaktu subuh. Entah bagaimana
awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.

Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun
sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang sesuai menjadi sahabatku..! "

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum
lebar sambil berkata dalam hati, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat
nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik
dengan kegiatannya, setan mulai terdiam..... .Kemudian ketika datang waktunya
maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah,
senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah
sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya,
maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidak dapat menahan diri lagi,
dihampirinya sahabat manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai
sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru
tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".


"Aku takut !", jawab setan dengan suara gementar. "Nenek moyangku saja yang dulu
hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud
pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah
lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana
besarnya murka Allah kepadamu !", kata setan sambil pergi.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia
telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

Sunday, January 03, 2010

keliru



aku mencari dan terus mencari...
menggapai
menggengam
mencapai...

Hati lain2
jiwa lain2
dh jumpa
aku di tolak

hati pendam
jiwa melara


aku yg setia
tp dipermain

ingin lari
jauh dan
jauh ke sana

tapi semakin dekat..

dan aku menjauh.................
ingin menjauh
dan jauh..

YA ALLAH
aku keliru
bantulah aku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...