Mazhab Syafi'i Melarang Duduk Berkumpul Di Tempat Orang Yang Meninggal Dunia

قال الشافعي وأصحابنا رحمهم الله : يكره الجلوس للتعزية قالوا : يعني بالجلوس أن يجتمع أهل الميت في بيت ليقصدهم من أراد التعزية ، بل ينبغي أن يتصرفوا في حوائجهم ولا فرق بين الرجال والنساء في كراهة الجلوس لها ، صرح به المحاملي ، ونقله عن نص الشافعي رضي الله عنه ، وهذه كراهة تنزيه إذا لم يكن معها محدث آخر فإن ضم إليها أمر آخر من البدع المحرمة كما هو الغالب منها في العادة ، كان ذلك حراما من قبائح المحرمات ، فإنه محدث وثبت في الحديث الصحيح : إن كل محدث بدعة وكل بدعة ضلالة


Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata: "Imam Syafi'i dan sahabat-sahabat

kami berkata: Dibenci (makruh) duduk-duduk untuk bertakziah. Mereka berkata:

Iaitu duduk-duduk itu adalah bahawa berkumpulnya ahli keluarga si mati di dalam

suatu rumah dengan maksud agar dapat bertakziah bagi yang berkehendak, tetapi

yang sepatutnya mereka hendaklah pergi menunaikan keperluan mereka, tidak

ada perbezaan antara lelaki dan perempuan pada kemakruhan (dibencinya)

duduk-duduk untuknya. Telah dijelaskan oleh Al-Muhamili dan dia menukilkan

dari Imam Asy-Syafi'i radiallahu 'anhu, ini adalah makruh yang amat keras, apabila

tidak disertai dengan perbuatan bid'ah yang lain, dan apabila dia

menggabungkannya dengan suatu bid'ah yang diharamkan sebagaimana yang

selalu terjadi pada adat kebiasaan (yakni orang ramai berkumpul di rumah si mati

atau berkenduri arwah - edt), adalah yang demikian itu haram hukumnya dan

daripada seburuk-buruk keharaman, maka ianya adalah perbuatan yang Muhdats

(bid'ah), dan telah tsabit di dalam hadis yang sahih: Sesungguhnya setiap perkara

yang baru itu bid'ah, dan setiap bid'ah itu merupakan kesesatan."
(Rujuk: Al-Azkar,

Imam An-Nawawi, Al-Maktabah Asy-Syamilah; 1/149-150)

Comments

Popular Posts