OTAK PEREMPUAN,kesesuaian menjadi setiausaha

MyHotComments.com

Seperti yang telah dibincangkan di dalam artikel terdahulu, otak kiri dan kanan perempuan dihubungkan oleh saraf 'corpus collosum' yang 30% lebih tebal berbanding lelaki. Kesan dari struktur bina ini, perhubungan sel-sel otak di antara kedua-dua belah otak menjadi lebih pantas dan banyak. Maka, perempuan mampu melakukan pelbagai tugas (multitrack) pada satu masa. Mereka boleh bercakap, menonton TV dan mendengar perbualan serentak pada satu satu masa. Berbanding perempuan, lelaki tidak mampu melakukan pelbagai perkara serentak (mono-track). Lelaki selalu 'miss the point' atau terlepas persimpangan jalan sekiranya perempuan atau rakannya bercakap ketika memandu.
.
Kelebihan otak perempuan ini dimanafaat sepenuhnya sejak sekian lama, di mana jika dilihat profession kesetiausahaan dimonopoli oleh kaum Hawa. Cuma, sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir kaum Adam menceburi bidang ini. Jika dilihat dari tugasan sebagai seorang setiausaha, penyandang jawatan ini mestilah seorang yang mampu diganggu setiap masa dan mampu menjawab atau 'recall' sebarang maklumat berkaitan tugasannya. Ketua-ketua akan sentiasa merujuk kepada setiausaha atau pihak yang berurusan dengan ketua-ketua ini akan sering 'mengganggu' setiausaha. Maka, orang yang menjadi setiausaha haruslah mempunyai kecekapan untuk menyusun maklumat atau sebarang fakta di dalam otaknya dan mampu untuk mengeluarkannya walaupun pada sesuatu ketika sedang melakukan tugasan lain.
 
Dengan kata lain, seorang setiausaha haruslah 'multitrack' yang hebat di dalam melakukan pelbagai tugasan pada satu masa. Bukanlah saya mengatakan lelaki tidak boleh, cuma, tugasan ini agak mencabar bagi seorang lelaki yang 'monotrack' yang selalu gagal mencari barang-barang miliknya atau terlalu fokus kepada sesuatu isu yang sedang difikirkannya. Nescaya, bos yang memanggil setiausaha lelaki akan 'naik angin' kerana lelaki tidak mampu mendengar apabila fokus melakukan sesuatu tugasan lain. Cuba anda kaitkan fakta yang saya bincangkan dengan contoh yang telah saya beri dahulu iaitu lelaki yang sedang seronok menonton TV tidak mampu mendengar panggilan isteri atau pasangannya.
 
Saya berpendapat setiap insan iaitu lelaki dan perempuan telah direkabentuk untuk melakukan tugasan tertentu berdasarkan kejadian masing-masing

Comments

Popular Posts