Title: Mawar Idaman Lelaki.. Mutiara Syurga..
Source: http://virtualfriends.net
Directory: Agama Corner
Author: Egyptianprincess.....
Posted By: egyptprincess (HuMaiRa GaDiS, SuTeRa BahRaiN)
Posted On: Fri, 13 Jun 2008 04:39:54 PM
Description:
UntukMu Muslimah Mujahidah........
Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman,segar mewangi di pelusuk dunia,setulus kasih sesuci embun,seindah mentari,seanggun rembulan.Cantik wanita kerana akhlaknya,lembut wanita kerana tutur katanya,mesra wanita kerana senyumannya,cekal wanita kerana keberaniannya,patuh wanita kerana setianya,sabar wanita kerana imannya,kasih wanita kerana belaiannya,lemah wanita kerana airmatanya,ikhlas wanita kerana simpatinya,dendam wanita kerana cemburunya,sayang wanita kerana sifat keibuannya….jadilah wanita yang sempurna……….
Serikandi muslimah yang sejati,hatinya akan sentiasa di miliki Ilahi dalam memperjuangkan agama islam.Binalah akhlakmu seindah muslimah sejati yang padanya terpancar nur iman bertakhtakan taqwa..Semoga kasih sayang ALLAH bersamamu......
Puteriku muslimah,malumu mahkota yang x perlukan singgahsana,ttp ia berkuasa mnjg diri & nama.Tiada siapa yang boleh merampasnya melainkan kau sendiri pergi menyerah diri.Ketegasanmu umpama benteng Negara & agama dr dirobohkn & jua dibinasakan…Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara mahligai syurga tempatnya….
Buat mujahidah solehah,dgn kecantikanmu,kau lbh elok dr matahari.Dgn akhlakmu,kau lbh wangi dr haruman.Dgn rndh hatimu kau lbh tinggi dr bln.Dgn kelembutanmu kau lbh halus dari rintik…..Maka peliharalah keindahan ini agar ka uterus menjadi syp kiri perjuangan islam,penegak kalimah Allahdi muka bumi…..
Muslimah Yang dikasihi,
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.
Muslimah yang dikasihi,
Peliharalah solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.
Muslimah yang dikasihi,
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.
Muslimah yang dikasihi,
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga di celahan kaca. Ikuti perintah agama, jauhi laranganNya. Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.
Muslimah yang dikasihi,
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu di dada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman di dada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jangan kail panjang sejengkal, lautan dalam hendak di duga.
Comments
Post a Comment
hehehe komenla banyak2 ek..thanks