CINTA LELAKI MASKULIN -4my f bloggers,its gud article to read

Cinta lelaki memang pelik dan aneh,tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis ; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu, pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yangdicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami – adakalanya lunak, tetapi selalunya keras dan kurangsimpati.


Kesungguhan cinta seorang lelaki terpancar melalui :

1. Kesungguhannya dalam melakukan sesuatubuat kekasih atau isterinya itu, tanpa sedikit punterlihat keterpaksaan. Semuanya dilakukan denganrela, ceria dan penuh bahagia.

2. Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

3. Dia bukan seorang lelaki hipokrit yang tidak memperdulikan apakah anda mengalirkan air mata tatkala dia tertawa.

4. Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi anda sebagai kekasihnya mahu punisterinya.

5. Dia mencemburui anda lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan anda. Kongkongannya semata mata oleh perasaan sayang dan cemburunya yang meluap luap itu. Dia akan kerapmenyatakan ketakutannya jika kehilangan anda.Dia mudah merajuk dan sensitif apabila anda tidak menumpukan perhatian sepenuhnya terhadapdirinya. Kadang kadang dia seperti anak kecildalam usaha mendapatkan layanan terbaik daripada anda.

6. Kerajinannya ketara, tergambar melalui ke sungguhannya melakukan apa sahaja asalkan membahagiakan anda.

7. Kadang kadang dia merajuk kerana mahukan kata kata lembut daripada anda. Dia berasa lega dan gembira apabila mendapat kata kata pujukan yang amat didambakan oleh hatinya yang telahdi selaputi cinta itu.

8. Dia akan gelabah apabila berjauhan dengananda. Dia akan kerap menelefon, menghantar SMS dan kadang kadang katanya puitis sekali. Dia akankerap bertanya apakah anda masih mencintainya,padahal anda telah beberapa kali menyatakan begitu terhadapnya.

9. Lelaki yang jujur dan cukup ‘mabuk’ dalam alam percintaannya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang wenangnya. Dia berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

Comments

Popular Posts