Jangan sedih2,senyum selalu~~~


SAPE HEBAT 
Man : Bapa aku hebat. 
Dia polis. Semua orang takut ngan dia. 
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk. 
Man : Wow! Bapa kau keja apa? 
Ali : Tukang gunting rambut. 

KELAS BI 
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah? 
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan. 

SUDU 
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari. 
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor. 
Doktor : Kenapa? 
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer. 

MAYAT 
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki 
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.' 
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah. 

TIRU 
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam. 
Bapa : Apa bukti awak? 
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu". 

DOKTOR 

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar. 
Doktor : "Selamat petang..." 
Pesakit : "Selamat petang Doktor!" 
Doktor : " Ada masaalah apa .....?" 
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..." 
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!" 
setelah diperiksa... . 
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..." 
Pesakit : "Apa caranya doktor?" 
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua 
pula percuma..." 
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?" 
Doktor : "Yang percuma kena sabar..." 
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?" 
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika 
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar." 
Pesakit : "Huh 

Comments

Popular Posts