Wednesday, June 03, 2009

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT 

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging 
2. Memakai haruman 
3. Kerap mandi 
4.. Berpakaian dari kapas 

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh) 
2. Selalu cemas 
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam 

Empat perkara menajamkan Mata 
1. Duduk mengadap kiblat 
2. Bercelak sebelum tidur 
3. Memandang yang hijau 
4. Berpakaian bersih 

Empat perkara merosakkan Mata 
1. Memandang najis 
2. Melihat orang dibunuh 
3. Melihat kemaluan 
4. Membelakangi kiblat
 

Empat perkara menajamkan fikiran 
1. Tidak banyak berbual kosong 
2. Rajin bersugi (gosok gigi) 
3.. Bercakap dengan orang soleh 
4. Bergaul dengan para ulama
 

4 CARA TIDUR 

1. TIDUR PARA NABI 
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan 
Bumi. 

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH 
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat 
Malam. 

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA 
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak 
Dimakan. 

4. TIDUR SYAITAN 
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka. 

No comments:

Post a Comment

hehehe komenla banyak2 ek..thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...