terlalu....


1.Terlalu lama berdiri -
 merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi
kembang. Liang vagina sentiasa basah.


2. Terlalu lama duduk -
 merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi
penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.


3. Terlalu lama berjalan -
 merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi
tidak teratur dan tidak menentu masanya.


4. Terlalu lama melihat -
 merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor
dari kebiasaannya.


5. Terlalu banyak tidur -
 merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah
dijangkiti kemandulan.


6. Terlalu riang/gembira -
 merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada
liang vagina.


7. Terlalu kerap marah -
 merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir -
 merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.
Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau
tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.


9. Terlalu banyak bersedih -
 merosakkan jantung.

10. Terlalu merana -
 merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut -
 merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh
mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.


12. Terlalu kerap terkejut -
 merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala
kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang
terlebih.


13. Terlalu banyak makan -
 merosakkan pe ncernaan. Mudah mengalami keletihan,
malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak
'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan
liang vagina)


14. Terlalu banyak minum minuman berais -
 merosakkan otot & lambung. Badan
dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit
& tidak kelihatan awet muda


15. Terlalu banyak masa lapang -
 merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang
terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai

penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .


Comments

Popular Posts